United Airlines pecat 593 kakitangan enggan vaksin Covid-19


United Airlines pada awal Ogos umum semua kakitangannya di AS wajib mengambil vaksin dan memasukkan maklumat kad vaksinasi mereka dalam sistem syarikat. – Gambar AFP, 29 September, 2021.

SYARIKAT penerbangan United Airlines akan memecat hampir 600 pekerjanya yang enggan disuntik vaksin Covid-19, kata pegawainya.

Selain 593 kakitangan yang menolak vaksin, kira-kira 2,000 lagi memberi alasan perubatan atau keagamaan untuk dikecualikan daripada syarat kembali bekerja.

Mereka melibatkan kira-kira 3% daripada keseluruhan 67,000 kakitangan syarikat penerbangan itu.

United Airlines berkata ia berpuas hati dengan kesan menyeluruh dasar berkenaan.

Awal Ogos, ia mengumumkan semua kakitangannya di Amerika Syarikat wajib mengambil vaksin dan memasukkan maklumat kad vaksinasi mereka dalam sistem syarikat. – AFP, 29 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen