Putrajaya kutip RM75 juta daripada kompaun PKP 


Chan Kok Leong Noel Achariam Ragananthini Vethasalam Diyana Ibrahim

KERAJAAN mengutip RM74.92 juta daripada kompaun prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata kerajaan.

“Sebanyak 120,974 kompaun yang dikeluarkan dari 2020 hingga kini dan jumlah kompaun yang dikutip hingga 26 September adalah RM74.92 juta,” kata Kementerian Kesihatan dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Menurutnya 360 kes dirujuk ke mahkamah.

Kementerian menjawab pertanyaaan Fong Kui Lun (Bukit Bintang-PH) berhubung kompaun yang dikeluarkan dan jumlah denda yang dikutip dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.

Sementara itu terdapat 1,860 kes Covid-19 daripada varian membimbangkan (VOC) dan 20 kes varian mempunyai kepentingan (VOI), kata KKM.

Setakat 24 September, terdapat 1,612 kes varian Delta, 214 Beta, 14 Alpha manakala VOI adalah 13 Theta, 4 Kappa dan 3 Eta, kata KKM.

Negeri yang merekodkan varian tertinggi adalah Sarawak iaitu 1,059 diikuti oleh Selangor (224), Johor (83), Pulau Pinang (64), Sabah (63) serta Kuala Lumpur, Kedah dan Pahang masing-masing 57 kes.

“Sarawak merekodkan kes varian berbeza tertinggi kerana penjujukan genom besar-besaran dijalankan oleh University Malaysia Sarawak, kata kementerian itu.

Menurutnya terdapat 75 kematian VOC dan VOI dengan 90.6% (68) daripadanya meningkat daripada varian Delta diikuti Beta dengan 9.4% (7).

KKM menjawab soalan Anwar Ibrahim (Port Dickson-PH) mengenai statistik Covid-19 mengikut VOC dan VOI. – 28 September, 2021.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen