Puluhan mati dalam serangan di Yaman


Lebih dari 9,200 orang kebanyakannya orang awam terbunuh di Yaman semenjak campur tangan pimpinan Saudi dan Pertubuhan Kesihatan Dunia melaporkan lebih daripada tiga perempat daripada 29 juta penduduk Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan. – Gambar EPA, 24 Januari, 2018.

PERTELAGAHAN di wilayah pemberontak Yaman di wilayah Saada telah menyebabkan 40 pejuang pemberontak terbunuh, lapor media Arab Saudi hari ini. 

Manakala pemberontak pula melaporkan sembilan orang awam antara 22 yang mati dalam serangan udara yang dipimpin Arab Saudi.

Pemberontak-pemberontak itu terbunuh dalam pertempuran 24 jam dengan sekutu pro kerajaan yang disokong Arab Saudi.

Seorang pegawai dari jabatan kesihatan berkata empat kank-kanak antara sembilan orang awam yang terbunuh dalam serangan udara sejak 24 jam lalu.

Stesen televisyen pemberontak, Al-Masirah berkata satu serangan di wilayah itu pada Selasa telah membunuh sembilan orang, di mana empat darinya adalah orang awam.

Pertempuran memuncak ketika Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengadakan perbincangan mengenai konflik di Yaman dan Syria bersama Britain, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu di Paris semalam. – AFP, 24 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen