MEXICO meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaannya yang ke-200 dari Sepanyol pada Isnin.
Sambutan itu menyaksikan pertunjukan bunga api, teater serta pritoteknik di tengah ibu negara itu.
Acara yang diadakan di dataran Zocalo, Mexico City, yang pernah menjadi pusat pentadbiran empayar Aztec, dipimpin oleh Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.
“Apa yang kita alami pada hari itu, 200 tahun lalu, menandakan pemisahan politik dengan Sepanyol buat selama-lamanya, kata presiden.
Pelbagai negara lain menyampaikan mesej ucapan tahniah, termasuk daripada Presiden AS Joe Biden, yang memberi jaminan bahawa negaranya merupakan rakan paling rapat dengan Mexico.
“Saya menantikan semua yang akan dicapai oleh kedua-dua negara kita pada tahun-tahun yang akan datang,” kata Biden dalam satu rakaman video.
Pope Francis turut mengucapkan tahniah kepada Mexico.
Dalam acara yang mengehadkan jumlah pengunjung akibat pandemik Covi-19 itu, penganjur menggunakan teater, pertunjukan multimedia dan piroteknik bagi menunjukkan sejarah negara berkenaan, termasuk perang menuju kemerdekaan. – AFP, 28 September, 2021.
Komen