REPUBLIK komunis China pada Selasa mempamerkan kekuatan udara canggih termasuk dron pengawasan dan jet yang dapat menggannggu peralatan elektronik musuh, selain kemampuan mengawai wilayah yang dipertikaikan dari Taiwan hingga Laut China Selatan dan bersaing dengan Amerika Syarikat (AS).
Pameran udara terbesar republik komunis itu diadakan di bandar pesisir selatan Zhuhai, ketika Beijing berusaha mengejar tarikh akhir 2035 menaiktaraf ketenterannya.
China masih ketinggalan dibelakang Amerika Syarikat dari segi teknologi dan pelaburan dalam peralatan perangnya, tetapi para pakar berkata negara komunis itu semakin merapatkan jurang.
Laporan perisikan AS tahun ini melaporkan pengaruh China yang semakin meningkat sebagai salah satu ancaman terbesar Amerika.
Pada Selasa, prototaip dron pengawasan baharu, dikenali sebagai CH-6, yang dapat melakukan serangan adalah antara teknologi domestik yang dilancarkan di Zhuhai.
Dengan lebar 20.5 meter dan panjang 15.8 meter, drone itu dapat membawa peluru berpandu dan dirancang untuk operasi pengawasan dan serangan, menurut agensi perisikan sumber terbuka Janes.
Debut lain termasuk drone WZ-7 untuk pengintipan sempadan dan rondaan maritim, serta jet pejuang J-16D yang dapat merosakkan peralatan elektronik.
Kedua-duanya telah memasuki perkhidmatan angkatan udara, lapor media negara.
“Mereka akan memainkan peranan besar di Selat Taiwan dan Laut China Selatan,” kata pengulas tentera Song Zhongping kepada AFP.
China mendakwa menguasai hampir seluruh Laut China Selatan - dipertikaikan dengan beberapa negara lain - sementara Beijing berkata Taiwan yang diperintah sendiri adalah sebahagian daripada wilayahnya.
China juga “dengan jelas meletakkan dirinya sebagai pembekal alternatif” dron canggih, dengan kemampuan relatif, kata penganalisis Janes Kelvin Wong.
Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah ragu-ragu untuk membekalkan peralatan tersebut di luar kumpulan rakan kongsi terpilih, tambahnya.
Di bawah presiden Donald Trump, Washington membenarkan penjualan senjata bernilai sekitar AS$18 bilion ke Taiwan, termasuk platform peluru berpandu canggih - penjualan yang membuat marah Beijing. – AFP, 28 September, 2021.
Komen