Penyanyi R Kelly didapati bersalah 9 tuduhan jenayah seksual


Penyanyi R. Kelly yang terkenal dengan lagu 'I Believe I Can Fly', didapati bersalah atas tuduhan jenayah seksual termasuk pemerasan dan pemerdagangan seks.– Gambar EPA, 28 September, 2021.

PENYANYI Amerika Syarikat (AS) R. Kelly semalam didapati bersalah atas sembilan tuduhan jenayah seksual termasuk pemerasan dan pemerdagangan seks.

Selepas enam minggu perbicaraan, juri mahkamah di New York semalam mendapati Kelly, 54, bersalah melakukan keganasan, memperdagang serta memaksa wanita dan gadis bawah umur memberi layanan seks untuk dirinya dan orang lain.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “I Believe I Can Fly” itu berdepan hukuman penjara seumur hidup. Hukuman ke atasnya dijadual dilaksanakan pada 4 Mei.

Peguam Deveraux Cannick yang mewakili Kelly berkata pihaknya akan memfailkan rayuan.

Kelly masih berdepan tiga lagi pertuduhan jenayah seksual di mahkamah lain termasuk di mahkamah persekutuan Illinois. – AFP, 28 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen