Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu MoU selesai hari ini


JAWATANKUASA pemandu yang akan mengawasi pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dan Pakatan Harapan selesai mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini, kata Fahmi Fadzil.

Ketua penerangan PKR itu berkata, sebanyak 18 isu dibincangkan MoU dibincangkan dan sedang dalam proses pelaksanaan.

“Mesyuarat berikut inshaAllah dalam masa 2 minggu,” katanya menerusi Twitter. 

MOU mengenai transformasi dan kestabilan politik itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau pada 13 September.

MoU berkenaan mempunyai enam teras iaitu pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kebebasan institusi kehakiman, pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui, kerajaan berjanji untuk melaksanakan tiga pembaharuan besar pada pertengahan tahun depan sebelum sesi Parlimen berikutnya atau kelima.

Antaranya termasuk undang-undang antilompat parti, suntikan tambahan RM45 bilion dalam dana Covid-19 serta mempercepatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik. – 27 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen