PBB gesa hapus senjata nuklear


Ancaman senjata nuklear menjadi fokus utama PBB sejak mula ditubuhkan, kata Setiausaha agungnya Antonio Guterres. – Gambar AFP, 27 September, 2021.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menyatakan senjata nuklear mesti dihapuskan dari dunia dan memulakan era baharu dialog,  keamanan dan kepercayaan.

Beliau berkata ancaman senjata nuklear “menjadi fokus utama PBB sejak mula ditubuhkan” lapor Xinhua memetik ucapan Guterres  sempena Hari Penghapusan Senjata Nuklear Antarabangsa pada Ahad.

“Pada 1946, di bawah reselousi yang sepakati di Perhimpunan Agung kali pertama menggesa ‘penghapusan senjata atom sebagai senjata nasional dan semua senjata utama lain yang boleh mengakibatkan kemusnahan besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata meskipun jumlah senjata nuklear telah menurun sejak beberapa dekad, sekitar 14,000 stok masih disimpan seluruh dunia. 

“Inilah masa untuk menamatkannya buat selamanya, menghilangkan senjata nuklear dari dunia kita,” kata Guterres. – Bernama, 27 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen