GEMPA bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan wilayah Batangas di pulau besar Luzon, Filipina awal pagi ini, menurut Jabatan Kaji Bumi Amerika Syarikat dan pegawai tempatan.
Kejadian pada kedalaman 98 kilometer itu berlaku pada jam 1.12 pagi waktu tempatan.
Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun berkata pihak mereka belum menerima sebarang laporan tentang kerosakan.
“Gegaran sangat kuat. Setakat ini belum ada insiden tidak diingini susulan gempa,” kata Jose Clyde Yayong, pegawai bencana di bandar Tagaytay di wilayah Cavite, bersebelahan wilayah Batangas.
Filipina kerap dilanda gempa bumi kedudukannya dalam zon Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan yang cenderung terjadi gempa bumi dan letusan gunung berapi. – AFP, 27 September, 2021.
Komen