LIMA maut dalam serangan yang disyaki didalangi pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi (FARC) Colombia
Kejadian berlaku di kawasan pedalaman Tumaco, di selatan wilayah Narino, kata tentera.
Colombia mengalami serangan terburuk oleh kumpulan bersenjata sejak perjanjian damai ditandatangani dengan FARC pada 2016.
Penyerang menaiki sebuah kenderaan tiba di kawasan berkenaan sebelum melepaskan tembakan secara rambang,” kata tentera dalam satu kenyataan.
Dua maut di tempat kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
Enam lagi turut dilaporkan cedera dalam serangan itu.
Menurut kumpulan pemerhati Colombia Indepaz, salah seorang mangsa adalah remaja perempuan berusia 15 tahun.
Organisasi bukan kerajaan itu menganggarkan terdapat lebih 73 kes pembunuhan kejam di negara itu setakat ini.
Mejar Jeneral Alvaro Perez berkata insiden serangan itu sedang disiasat.
“Terdapat peningkatan dalam kes serangan bersenjata di wilayah ini, yang merupakan salah satu kawasan pemngeluar dadah terbesar di dunia,” katanya. – AFP, 27 September, 2021.
Komen