Lebih kurang 50 maut pertempuran di Marib Yaman, kata sumber tentera


Pada bulan September sahaja lebih kurang 400 orang terkorban dalam pertenpuran merebut Marib, Yaman, melibatkan anggota pemberontak dan prokerajaan. – Gambar EPA, 26 September, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA 50 pemberontak Huthi dan tentera prokerajaan Yaman terkorban dalam pertempuran di bandar utama Marib di Yaman, kata sumber tentera pada Ahad.

Ratusan orang telah terkorban pada bulan ini sahaja setelah pemberontak yang disokong Iran membuat serangan terhadap Marib, kubu terakhir pemerintah di kawasan utara yang kaya minyak.

“Dalam 48 jam terakhir, 43 anggota Huthi terbunuh kebanyakannya dalam serangan udara gabungan” di sebelah barat Marib, kata sumber tentera kepada AFP, sementara sumber lain berkata sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam pertempuran.

Kira-kira 400 orang dilaporkan terkorban dalam pertempuran pada September untuk merebut Marib.

Huthis pada awalnya meningkatkan usaha mereka untuk merebut Marib pada Februari, dengan harapan dapat menguasai sumber minyak di rantau tersebut dan memperkuatkan kedudukan mereka dalam rundingan damai. – AFP, 26 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen