IRELAND pada Sabtu menamatkan sistem kuarantin hotel wajib bagi pelancong yang tiba di negara itu, berikutan penurunan jangkitan koronavirus di republik itu.
Sejak hujung Mac pelancong yang tiba dari negara yang disenaraikan kerajaan telah dikenakan kuarantin wajib di hotel selama dua minggu.
Pada Sabtu, pemerintah Ireland berkata menteri kesihatan Stephen Donnelly “umum hapus semua negara dari senarai yang ditetapkan untuk tujuan kuarantin wajib di hotel berkuatkuasa hari ini”.
Dalam satu kenyataan kementerian kesihatan berkata keputusan itu “berdasarkan nasihat terbaharu yang diterima dari ketua pegawai perubatan”.
Selain ketibaan dari “negara yang ditentukan” dengan kadar Covid-19 yang tinggi, pelancong yang tidak mematuhi syarat kemasukan seperti ujian PCR negatif juga dikenakan kuarantin hotel sejak Mac.
Kementerian kesihatan berkata sejak enam bulan terakhir hampir 10,300 orang telah dikuarantin wajib di hotel.
Hampir 600 dari mereka diuji positif semasa mereka kuarantin, kata kementerian itu.
Covid-19 telah mengorbankan 5,209 orang di Republik Ireland menurut angka rasmi terkini. – AFP, 26 September, 2021.
Komen