Keretapi terbabas di AS, puluhan penumpang cedera


Keretapi kendalian Amtrax terbabas di Montana, AS dengan seorang dilaporkan terbunuh dan puluhan lagi cedera. – Gambar AFP, 26 September, 2021.

BEBERAPA orang cedera selepas sebuah keretapi terbabas pada Ahad di Montana, AS, kata operator landasan Amtrak.

“Amtrak sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memindahkan penumpang yang cedera dan menyelamatkan penumpang lain,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, menambah yang terdapat 147 penumpang dan 13 anak kapal dalam keretapi yang terbabas itu.

Lima gerabak keretapi terbabas sekitar jam 4 petang waktu tempatan berhampiran Joplin, utara Montana, kata kenyataan.

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan penumpang sedang menunggu di landasan bersama bag mereka dan beberapa gerabak kelihatan terbabas dan terhimpit antara satu sama lain.

Penyelaras Perkhidmatan Bencana dan Kecemasan Montana memberitahu New York Times yang seorang maut dan lebih 50 orang cedera. – AFP, 26 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen