Perancis gandakan bantuan vaksin untuk negara miskin 


PERANCIS akan menggandakan jumlah dos vaksin Covid-19 yang akan dihantar ke negara miskin kepada 120 juta, kata Presiden Emmanuel Macron pada Sabtu.

“Apa yang tidak adil adalah vaksinasi di benua lain sangat lambat, kita perlu lebhihj pantas dan kuat.

“Perancis berjanji untuk tingkatkan jumlah dos vaksin dan kita akan tawarkan dari 60 juta kepada 120 juta dos,” katanya.

Menurut beliau, jumlah itu melebihi daripada yang diberikan kepada penduduk Perancis.

Rabu lalu, Amerika Syarikat mengumumkan akan meningkatkan bantuan dos vaksin dua kali ganda kepada negara miskin.

Itu menjadikan jumlah sumbangannya kepada 1.1 bilion dos.

Presiden Joe Biden menyifatkan pandemik sebagai krisis yang melibatkan semua pihak.

“Kita perlukan negara berpendapatan tinggi untuk sama-sama membantu mereka,” katanya.

Kesatuan Eropah turut menyumbang sebanyak 500 juta dos vaksin.

Sementara itu Presiden Chin Xi Jinping menerusi mesej video kepada PBB pada Selasa, berikrar akan menyalurkan bantuan sebanyak dua juta dos menjelang akhir tahun ini.

Namun tidak dinyatakan berapa banyak yang akan dijual dan yang akan disumbangkan. – AFP, 26 September, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen