PKPD Kampung Bambangan mulai Isnin, kata MKN


PKPD di Taman Semarak Mega di Tawau, Sabah ditamatkan hari ini mengikut jadual. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2021.

KAMPUNG Bambangan di Telupid, Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini hingga 10 Oktober, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Dalam pada itu, PKPD di Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif di Pekan, Pahang dan Taman Semarak Mega di Tawau, Sabah masing-masing ditamatkan hari ini mengikut jadual.

PKPD di Perumahan IOI Plantation Unico Oil Mill Sdn Bhd di Segama dekat Lahad Datu dan Kampung Dumpiring Bawah, Ranau di Sabah serta Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Simpangan di Pengkalan Kubur dekat Tumpat, Kelantan, turut ditamatkan hari ini sehari lebih awal daripada jadual. – Bernama, 25 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen