Colombia rampas lebih 3,000 sirip jerung


Colombia mengharamkan penjualan dan pengambilan sirip jerung sejak 2020 dalam usaha mengawal kesannya kepada ekosistem marin mereka. – Gambar AFP, 25 September, 2021.

RIBUAN sirip jerung dirampas pihak berkuasa Colombia sebelum ia sempat dihantar secara haram ke Hong Kong, kata pegawai.

Bogota “merampas 3,493 sirip jerung dan 117 kilo pundi ikan yang dalam perjalanan ke Hong Kong,” kata Ketua Kementerian Alam Sekitar Carolina Urrutia.

Rampasan itu mendedahkan masih wujud permintaan untuk sirip jerung, yang dihidangkan pada majlis perkahwinan melibatkan sebilangan komuniti Cina dan disalah anggap mempunyai manfaat perubatan.

Sirip itu yang dikelar daripada 900 hingga 1,000 ikan jerung berukuran sehingga lima meter ditemui pada Jumaat dalam lima buah kotak di lapangan terbang tersibuk Bogota, El Dorado.

Dikelar dari “lebih tiga jenis sepsis jerung”, sirip itu berkemungkinan besar adalah hasil “perikanan haram”, kata Urrutia, mengecam “kesan alam sekitar kepada ekosistem marin Colombia”.

Polis sedang menjalankan siasatan, tambahnya.

Penangkapan ikan jerung diharamkan di Colombia yang merupakan kawasan tinggal 76 daripada 500 jenis jerung dikenal pasti sekarang, sejak 2020 lagi dalam usaha mengekang pasaran sirip jerung di Asia.

Penjualan dan pengambilan sirip jerung tidak diharamkan di Hong Kong tetapi ia perlu mendapatkan lesen dan terus menjadi hidangan popular walaupun kempen keburukannya sudah bertahun dijalankan.

Salah satu pemangsa utama dalam ekosistem marin, populasi jerung jatuh mendadak sejak beberapa dekad lepas disebabkan tarikan siripnya dan amalan perikanan tidak lestari. – AFP, 25 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen