KPT mesti bantu mahasiswa sempena pembukaan semula kampus


RANCANGAN Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) utk membuka semula kampus mesti disertai dengan bantuan munasabah kpd mahasiswa.

Sepanjang pandemik Covid-19 ,sebelum ini mahasiswa terbeban dgn beberapa perubahan keputusan yang sebahagian dibuat saat akhir serta tekanan kewangan mereka dan keluarga kerana keperluan belajar dari rumah.

Saya menyambut baik langkah pengurangan yuran yang diberikan kepada mahasiswa seperti yang diumumkan, sebelum ini dan saya mencadangkan di Dewan Rakyat agar pertimbangan diberi untuk ribet yuran secara bertahap sehingga RM1000 bagi meringankan beban mahasiswa yang terpaksa membeli peranti yang sesuai semasa tempoh pandemik Covid-19.

Sempena pembukaan semula kampus, KPT boleh membantu mahasiswa khususnya  dari Sabah dan Sarawak yang perlu kembali ke Semenanjung dan mahasiswa Semenanjung yang perlu kembali ke Sabah dan Sarawak yang pasti terkesan dengan kos tinggi tambang penerbangan pada masa ini. 

Saya menggesa KPT segera mencapai persetujuan dengan syarikat penerbangan bagi menyediakan penerbangan-penerbangan khas kepada mahasiswa serta kadar rata yang munasabah bagi meringankan beban mereka dan keluarga yang terbabit. – 24 September, 2021.

* Noor Amin Ahmad ialah Ahli Parlimen Kangar
 

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen