DANA Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pada Jumaat Australia perlu bertindak kekang harga rumah yang telah melonjak lebih 20 peratus di bandar-bandar besar dalam setahun terakhir ini.
Walaupun dengan pandemik tidak mengurangkan pasaran harta tanah di Australia, IMF menggesa pembuat dasar negara itu memainkan peranan masing-masing.
“Kenaikan harga rumah menimbulkan kebimbangan mengenai kemampuan dan kestabilan kewangan,” IMF beri amaran dalam tinjauan berkala mengenai ekonomi Australia.
Ia menggesa reformasi struktur bagi meningkatkan bekalan perumahan dan sokongan bagi mereka yang berpendapatan rendah yang tidak mampu.
Pengawasan kewangan “perlu diperketat dan standard pinjaman dipantau dengan teliti”, tambah IMF.
Spekulasi harta tanah hampir menjadi acara nasional di Australia, di mana surat khabar dipenuhi dengan cerita mengenai lelongan dan penjualan mewah terkini.
Di seluruh negara, harga rumah telah meningkat lebih 18 peratus pada tahun lalu, menurut data dari CoreLogic, walaupun bandar-bandar besar dikenakan sekatan Covid-19 atau berada di bawah larangan pandemik sepanjang besar tempoh itu.
Harga di Hobart, Tasmania meningkat 25 peratus dalam setahun dan, menurut data laman web hartanah Domain, harga rumah Sydney naik sekitar AUS$1,200 (AS$875) sehari selama tiga bulan hingga Jun.
Rata-rata harga rumah di bandar terbesar di Australia sekarang lebih dari AS$1 juta. – AFP, 24 September, 2021.
Komen