SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata pada Khamis beliau percaya dunia bersatu untuk menekan Taliban setelah bercakap dengan Pakistan, China dan Rusia, pemain utama kepada kerajaan baharu Afghanistan.
Blinken bertemu di luar Mesyuarat Agung PBB dengan rakan sejawatnya dari Pakistan, ketua sekutu Taliban yang digulingkan oleh tentera AS pada 2001, dan mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri dari empat anggota Majlis Keselamatan yang mempunyai hak veto lain termasuk China dan Rusia pada Rabu.
“Saya rasa ada kesatuan pendekatan dan kesatuan tujuan yang sangat kuat,” kata Blinken kepada wartawan.
“Taliban berkata mereka mencari legitimasi, dan minta sokongan, dari masyarakat antarabangsa. Hubungan yang dimilikinya dengan masyarakat antarabangsa akan ditentukan oleh tindakan yang diambilnya.”
Blinken mengulangi keutamaan AS buat Taliban termasuk membiarkan rakyat Afghanistan dan orang asing keluar, menghormati hak wanita, gadis dan minoriti, dan tidak membiarkan Afghanistan digunakan lagi oleh pelampau seperti Al-Qaeda.
Jabatan Luar AS berkata Blinken menekankan “penting untuk selaraskan hubungan diplomatik kita” dalam perbincangan dengan Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi.
Qureshi, membuka pertemuannya dengan Blinken, berkata, “Kita perlu cari cara untuk bekerja secara kolektif untuk capai objektif bersama kita, iaitu keamanan dan kestabilan.”
China dan Rusia berhubungan dengan Taliban namun turut mengekang dari mengiktiraf kerajaan baharu itu selain bimbang mengenai ekstremisme Islam.
Taliban mengambilalih Afghanistan bulan lalu setelah Presiden Joe Biden menarik keluar tentera AS, dengan berkata tidak ada gunanya melanjutkan perang terpanjang Amerika melebihi 20 tahun. – AFP, 24 September, 2021.
Komen