PULUHAN ribu aktivis alam sekitar termasuk Greta Thunberg dijadualkan berarak di ibu kota Jerman hari ini, menjelang pilihan raya pada hujung minggu, untuk memberi tekanan kepada calon yang bakal menggantikan Angela Merkel.
Ketika parti politik utama Jerman mengadakan himpunan akhir sebelum mengundi pada Ahad, perarakan belia hari ini dengan tema Fridays for Future akan menjadi isyarat golongan ahli politik mengecewakan generasi muda.
“Parti politik tidak cukup serius melihat bencana alam sekitar,” kata Luisa Neubauer dari satu persatuan alam sekitar.
Neubauer berkata perubahan besar akan hanya boleh berlaku jika tekanan diberikan menerusi protes jalanan, untuk memberitahu parti politik utama sekarang tidak ada lagi alasan.
Perlawanan pilihan raya berlaku antara Olaf Scholz dari Social Democrat, dengan menteri kewangan Armin Laschet daripada parti konservatif Merkel, Christian Democrats, serta pakar ekologi Annalena Baerbock.
Tinjauan mendapati Scholz mendahului dengan majoriti kecil iaitu 25% berbanding Laschet
Lebih 400 mogok alam sekitar dirancang diadakan seluruh Jerman, dengan Thunberg yang menginspirasikan gerakan itu, dijangka memberi ucapan di luar bangunan Parlimen Reichstag. – AFP, 24 September, 2021.
Komen