NGO Brazil tanam ganja perubatan untuk tolong pesakit


Pada asalnya peguam Margarete Brito guna ganja untuk melegakan sawan dan epilepsi anak perempuannya, namun selepas anaknya baik, beliau putuskan untuk bantu pesakit lain pula, sehingga akhirnya membuka ladang ganja di Rio de Janeiro, Brazil. – Gambar AFP, 24 September, 2021.

DIKELILINGI kawat berduri dan pagar elektrik, tanaman ganja tumbuh mekar di bawah terik matahari di sebuah ladang di kawasan pergunungan di luar Rio de Janeiro, Brazil.

Namun ladang tersebut tiada kaitan dengan perdagangan dadah. Sebenarnya, ia milik NGO Brazil yang terlibat dalam pengeluaran ganja perubatan bagi membantu pesakit yang mengalami sawan.

Peguam Margarete Brito mula menanam ganja beberapa tahun lepas untuk melegakan sawan anak perempuannya, Sofia, yang kini berusia 12 tahun, yang menderita epilepsi.

Setelah melihat keadaannya bertambah baik, Brito memutuskan untuk membantu pesakit lain pula. Oleh itu, beliau tubuhkan Persatuan Penyelidikan Ganja Perubatan dan Sokongan Pesakit, atau Apepi, yang menghasilkan minyak terapi dari ganja bagi membantu pesakit yang sama keadaan dengan anak perempuannya.

Kerja itu memerlukan banyak usaha, kerana menanam ganja masih haram di Brazil.

“Jika kita ikut surat undang-undang itu, tidak ada yang izinkan kita,” kata Brito kepada AFP.

Bagaimanapun beliau dan suaminya, Marcos Langenbach, berjaya dapatkan kebenaran kehakiman yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk menanam ganja bagi tujuan perubatan pada 2016.

Hari ini, ladang mereka - kira-kira dua jam dengan kereta dari ibu negara Brazil - mempunyai 2,000 tanaman yang tumbuh untuk membantu pesakit dengan autisme yang teruk, sklerosis berganda dan epilepsi.

Walaupun terdapat dicurigai dan dipandang serong oleh beberapa pihak, Brito berkata usaha itu mendapat sokongan di Brazil.

“Kami ada kesahihan sosial yang nyata. Itulah yang melindungi kami,” kata Brito. – AFP, 24 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen