AMERIKA Syarikat meluluskan sejumlah AS$1 bilion pada Khamis bagi membekal semula sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome untuk Israel.
Sebelum ini pembiayaan untuk tujuan tersebut dibatalkan kerana kontroversi dari rang undang-undang lain yang ditentang haluan kiri parti Demokrat.
Wang itu pada asalnya dimasukkan dalam undang-undang untuk kegunaan sekatan pergerakaan oleh kerajaan dan untuk berhadapan kemungkinan krisis hutang pada Oktober nanti.
Bagaimanapun sekumpulan progresif di Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat berkata mereka akan mengecualikannya kecuali jika dana Iron Dome ditarik.
Kelulusan untuk Iron Dome Israel itu mendapat sokongan selesa dengan 420 undian berbanding sembilan yang menentang.
“Kelulusan ini mencerminkan kesatuan besar di Kongres… demi keamanan Israel,” kata Nancy Pelosi, pemimpin Demokrat.
“Bantuan kepada Israel sangat penting, kerana keselamatan Israel adalah penting bagi keselamatan Amerika.”
Iron Dome telah menghancurkan ribuan roket jarak jauh dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Hamas dari Gaza sebelum mereka dapat menyerang wilayah berpenduduk, kata para pegawai Israel. – AFP, 24 September, 2021.
Komen