Seorang maut, 12 cedera insiden tembakan di pasar raya


Ketua Polis Collierville Dale Lane bercakap kepada media di depan pasar raya Kroger susulan insiden tembakan rambang semalam. – Gambar AFP, 24 September, 2021.

SEORANG lelaki melepaskan tembakan di sebuah pasar raya di Memphis, Tennessee, semalam, menyebabkan sekurang-kurang seorang maut sementara 12 lagi cedera.

Polis berkata penembak kemudian menembak mati dirinya.

Kejadian amuk itu berlaku di sebuah premis runcit Kroger di pinggir bandar Collierville di timur Memphis.

“Seorang mangsa terbunuh, manakala penyerang turut mati dipercayai menembak diri sendiri,” kata Ketua Polis Collierville Dale Lane.

Lane berkata beberapa mangsa dilaporkan cedera parah dan angka korban mungkin meningkat.

Katanya, agensi pihak berkuasa termasuk pasukan khas SWAT dikerahkan ke lokasi kejadian dengan polis segera membantu pekerja dan pengunjung pasar raya itu keluar dari premis dengan selamat.

Beliau berkata ada antara mereka ditemui menyorok dalam peti sejuk dan pejabat yang dikunci.

Lane enggan memaklumkan sama ada penyerang terbabit adalah kakitangan Kroger.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan Biro Siasatan Persekutuan dan agensi lain,” katanya. – AFP, 24 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen