Yayasan bantu rapatkan jurang pelajar terjejas akibat pandemik


Hailey Chung Wee Kye

Yayasan Tunku Abdul Rahman membantu memudahkan pelajar yang terjejas akibat pandemik Covid-9 mendapatkan biasiswa. – Gambar CTG, 24 September, 2021.

ORGANISASI bukan berdasarkan keuntungan, Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR), melalui program bimbingan pra-universitinya, Closing The Gap (CTG) membantu memudahkan pelajar yang terjejas akibat pandemik Covid-9 mendapatkan biasiswa.

CTG membantu pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 daripada kumpulan B40 melalui program bimbingan bagi membolehkan mereka bersedia berdepan pasca-SPM sementara YTAR memberikan biasiswa kepada kumpulan yang berpotensi tinggi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YTAR dan pengasas bersama CTG, Ida Thien dan eksekutif pemasaran dan perkongsian YTAR, Raenuga Indran memberitahu The Malaysian Insight bahawa mereka juga berusaha mendorong pelajar pengajian tinggi yang hampir menamatkan pengajian kerana cabaran dihadapi akibat wabak berkenaan.

Bekerjasama sejak 2019, insiatif mereka dilaporkan menyaksikan peningkatan permohonan empat kali ganda tahun ini.

“Kebiasaannya kami memberi kira-kira 24 biasiswa setiap tahun, kami berjaya menggandakannya kepada 48 biasiswa sepanjang wabak ini.

“Kami melihat peningkatkan sebanyak 3,000 permohonan tahun ini akibat pandemik. Sebelum ini, kami hanya menerima kira-kira 1,000 permohonan secara purata.

“Wabak ini mempengaruhi pelajar bukan hanya untuk masuk ke universiti tetapi juga untuk sambung dan terus berada di universiti,” kata Raenuga.

Dia menambah bahawa biasiswa itu tidak hanya merangkumi yuran pengajian tetapi juga pelbagai elaun untuk internet, pembelian buku dan juga pakaian formal.

YTAR juga memberi elaun pengembangan profesional bernilai RM5,000 untuk sarjana iaitu Tunku Scholars bagi digunakan untuk bengkel peningkatan kemahiran atau menjalankan projek komuniti di kawasan kejiranan mereka.

Bantuan tersebut digunakan untuk pelajar universiti swasta dan awam.

“Kami mendapat tahu pelajar di tahun ketiga atau tahun terakhir mereka tidak dapat mengikuti kursus universiti swasta, kebiasaannya dari kategori M40.
“Kami berusaha mendorong mereka untuk terus kekal di universiti mereka,” kata Thien.

Tahun ini lebih 90% Tunku Scholars dalam kalangan komuniti B40, dengan 35% daripada mereka berasal dari Sabah, Sarawak dan Pantai Timur. – 24 September, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen