2 lagi ditahan berhubung pembunuhan wartawan di Ireland Utara 


DETEKTIF menahan dua lagi suspek berhubung kematian seorang wartawan yang dibunuh ketika membuat liputan rusuhan di Ireland Utara.

Kedua-dua suspek berusia 24 dan 29 tahun itu ditahan di bawah Akta Keganasan di kawasan Londonderry di wilayah Britain bagi membantu siasatan kematian Lyra Mckiee pada April 2019. 

“Mereka akan disoal siasat kemudian,” kata polis Ireland Utara dalam satu kenyataan. 

Mckee, 29 ditembak di bahagian kepala ketika berdiri berhampiran sebuah kenderaan polis, ketika kumpulan pro-republikan Ireland bertempur dengan polis di bandar berkenaan. 

Kumpulan New IRA mengaku bertanggungjawab atas kematiannya dan mendakwa “dia dibunuh dengan tragis di tepi kenderaan musuh.”

Pembunuhan itu mencetuskan bantahan di seluruh Ireland Utara dan membawa kepada desakan terhadap ahli politik untuk mengembalikan kerajaan perkongsian kuasa sebelum ini. 

Dua lagi lelaki dibebas dengan jaminan pada Jumaat selepas didakwa di mahkamah atas pembunuhan McKee. 

Seorang lagi lelaki turut didakwa atas pembunuhan berkenaan.– AFP, 22 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen