Gempa bumi 5.8 magnitud gegar tenggara Australia


Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda pada kedalaman 10 kilometer di tenggara Australia. – Gambar EPA, 22 September, 2021.

GEMPA bumi melanda tenggara Australia hari ini dengan laporan mengatakan orang ramai berlari meninggalkan premis masing-masing selepas merasai gegaran kuat.

Gempa yang jarang berlaku di timur bandar itu dirasai pada jam 9 pagi waktu tempatan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) dan Geosains Australia berkata gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda pada kedalaman 10 kilometer.

Gambar di media sosial menunjukkan runtuhan berlaku di pusat membeli-belah yang popular di sekitar Chapel Street.

Gempa bumi jarang berlaku di kawasan berpenduduk tenggara di Australia dengan penduduk Melbourne yang lain memberitahu AFP bahawa gegaran itu “menakutkan”.

Datuk Bandar Mansfield berhampiran pusat gempa berkata, tidak ada kerosakan berlaku di bandar kecil itu tetapi mengejutkan penduduk.

Perkhidmatan kecemasan berkata, menerima menerima panggilan untuk bantuan sejauh Dubbo sekitar 700 kilometer dari pusat gempa dengan pasukan bomba dan penyelamat dihantar untuk membantu. – AFP, 22 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen