Keterangan saksi penting tak tunjuk kesalahan Zahid, kata peguam bela


Hailey Chung Wee Kye

Ahmad Zahid Hamidi dibicarakan atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan ringgit dana milik Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 September, 2021.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi “pelik” kerana tiada keterangan langsung di mahkamah oleh saksi penting yang menunjukkan kesalahan presiden Umno itu.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Zahid berkata berdasarkan keterangan saksi penting, yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan pengarah syarikat, tiada yang menunjukkan Zahid menerima rasuah ketika menjadi menteri dalam negeri.

Hisyam memberitahu mahkamah, wang berjumlah RM13.25 juta yang diterima daripada Junaith Asharab Md Shariff; RM6 juta dari pengarah-pengarah Datasonic Technologies Sdn Bhd, Abu Hanifah Noordin dan Chew Ben Ben; serta RM2 juta dari Pengarah Profound Radiance Sdn Bhd Azlan Shah Jaffril; kesemuanya adalah sumbangan kepada Yayasan Akalbudi milik Zahid.

Semuanya adalah sumbangan bagi tujuan kebajikan dan politik, katanya.

“Tidak seorang pun saksi pernah memberi keterangan bahawa ini adalah rasuah. Malah, mereka menegaskan wang bukan untuk tujuan pertukaran kontrak kerajaan,” kata Hisyam ketika berhujah di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Beliau juga pelik kerana dakwaan rasuah dikemukakan terhadap tertuduh tanpa bukti. 

Hisyam juga mencabar pendakwa memberi contoh mana-mana kes di mana orang yang dituduh disabitkan bersalah sedangkan saksi mengesahkan wang yang diberi adalah sumbangan. – 21 September, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen