15,759 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini 


Orang ramai mengambil kesempatan melakukan aktiviti riadah selepas kerajaan melonggarkan perintah sekatan pergerakan. Sebanyak 15,759 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 21 September, 2021.

MALAYSIA terus merekodkan penurunan kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 15,759 kes hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,127,934, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan merekodkan angka terendah dalam tempoh hampir dua bulan iaitu 14,345 kes. Kali terakhir negara merekodkan kes terendah adalah pada 22 Julai dengan 13,034 kes. 

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, Johor merekodkan kes tertinggi dalam tempoh 24 jam lalu iaitu 1,959 kes. 

Ini diikuti Selangor dengan 1,934 kes dan Pulau Pinang 1,417 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini adalah Sabah (1,291) Kuala Lumpur (359 kes), Kedah (786 kes), Negeri Sembilan (127 kes), Kelantan (1,338 kes), Perak (1,184 kes), Melaka (264 kes), Pahang (707 kes), Terengganu (592 kes), Putrajaya (34 kes), dan Perlis (23 kes).

Wilayah yang merekodkan kes terendah adalah Labuan dengan hanya 12 kes.

Menurut laman web CovidNow, 79.6% populasi dewasa di Malaysia telah divaksin sepenuhnya di bawah program imunisasi kebangsaan. – 21 September, 2021.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen