Biden ulangi pendirian jalin kerjasama kukuh dengan PBB


Presiden Joe Biden mahu menjalinkan kerjasama kukuh dengan PBB dan akan bertemu Setiausaha Agung PBB António Guterres hari ini. – Gambar EPA, 21 September, 2021.

PRESIDEN Joe Biden mengulangi pendiriannya untuk menjalinkan kerjasama kukuh dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa pertemuannya dengan Setiausaha Agung PBB António Guterres, menurut kenyataan White House.

“Biden bertemu dengan Guterres malam ini. Pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai hak asasi manusia sejagat, kebebasan asasi, dan undang-undang antarabangsa,” lapor Sputnik memetik kenyataan itu.

Turut disentuh dalam pertemuan itu perkara berkaitan multilateralisme dan mempertahankan demokrasi selain kerjasama untuk menamatkan pandemik Covid-19 dan perubahan iklim.

“Isu global yang kompleks hanya dapat ditangani dengan solusi global yang benar-benar ikhlas untuk membangun kembali dengan lebih baik, dan PBB memainkan pernan unik untuk kesejahteraan, keselamatan dan keamanan semua,” kata Biden.

Pertemuan dengan Guterres itu agenda pertama Biden sempena Minggu Peringkat Tinggi Pehimpunan Agung PBB (UNGA).

Biden dijangka menyampaikan ucapan di UNGA pada Selasa pagi.

Jurucakap White House Jen Psaki berkata ucapan presiden itu tidak akan  menyentuh mengenai China atau negara lain yang boleh mencetuskan konfrantasi. – Bernama, 21 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen