Kematian Covid-19 di AS cecah 675,000, atasi pandemik flu 1918


Lebih 660,000 bendera putih umpama permaidani diletakkan di National Mall di Washington sebagai memperingati nyawa rakyat AS yang terkorban kerana Covid-19. Ia hasil seni bertajuk In America: Remember nukilan Suzanne Brennan Firstenberg. – Gambar EPA, 21 September, 2021.

ANGKA kematian di Amerika Syarikat (AS) akibat Covid-19 kini mencecah 675,446, mengatasi wabak flu (selesema) 1918 yang dianggap antara penyakit membawa maut di negara itu, lapor Sputnik memetik data Universiti Johns Hopkins.

Wabak flu yang melanda pada 1918 hingga 1919 mengorbankan sekitar 675,000 rakyat AS, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Penyelidik dari Universiti Washington menjangkakan 100,000 lagi rakyat AS akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang. – Bernama, 21 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen