Trudeau dijangka menang penggal ketiga dalam pilihan raya Kanada


Menurut rangkaian televisyen Kanada, Perdana Menteri Justin Trudeau dijangka menang tipis dalam pilihan raya negara itu, berharap dapat teruskan usaha membawa keluar negara itu dari pandemik Covid-19. – Gambar EPA, 21 September, 2021.

RAKYAT Kanada dijangka mengembalikan Justin Trudeau sebagai Perdana Menteri pada Isnin dalam pilihan raya sengit menentang pemimpin konservatif, menurut rangkaian televisyen.

Bagaimanapun dengan tinjauan dilihat masih melaporkan hasilnya dan dijangka sampai esok pagi, buat masa ini masih belum jelas adakah partinya berjaya dapat majoriti mutlak di Parlimen yang akan membolehkannya meluluskan agenda tanpa sokongan pembangkang.

Trudeau mengadakan pilihan raya awal dengan harapan dapat keluarkan Kanada dari pandemik melalui mandat peluncuran vaksin Covid-19, tanpa perlu bergantung pada sokongan pembangkang.

Namun pilihan raya itu nampaknya bakal membuatkan Trudeau kekal berkuasa, mungkin dengan majoriti tipis seperti pada pilihan raya umum 2019 lalu.

Lonjakan mendadak kes Covid-19 akibat varian Delta pada akhir kempen, setelah menarik kembali sekatan Covid-19 juga dilihat berapa membantu usaha kerajaan itu.

Sebelum ini Trudeau berkata beliau merasa tenang setelah mengundi di Montreal.

“Kami bekerja keras sepanjang kempen ini, dan orang Kanada buat pilihan penting,” katanya kepada AFP.

Kini, pada usia 49, Trudeau menghadapi cabaran sengit dan lebih sukar.

Bagaimanapun selepas enam tahun berkuasa, kerajaannya menunjukkan tanda-tanda melemah, dengan tidak meyakinkan rakyat Kanada dengan harapan yang diberikan ketika menang besar pada 2015 dahulu. – AFP, 21 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen