Diusir keluar rumah, lelaki amuk tembak polis


SEORANG lelaki menembak mati dua pegawai polis dan tiga yang lain selepas pihak berkuasa melaksanakan perintah pengusiran dari rumahnya di Almaty, bandar terbesar di Kazakhstan.

Polis yang dipetik agensi berita Russia berkata lelaki terbabit menembak polis mahkamah, pegawai polis dan pegawai Kementerian Kecemasan sebelum ditahan serta senjatanya dirampas.

Timbalan Ketua Polis Almaty Rustam Abdrakhmanov berkata lelaki itu turut membunuh pemilik baharu rumah berkenaan dan seorang orang awam.

Difahamkan, lelaki berkenaan menyerang menggunakan senapang memburu dan ada wanita serta kanak-kanak di rumah berkenaan ketika dia melepaskan tembakan.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan nama penembak sebaliknya hanya berkata dia dilahirkan pada 1967.

Tragedi berlaku susulan masalah membayar ansuran pinjaman perumahan di negara Asia Selatan itu, di mana semakin ramai menghadapi masalah melunaskan hutang akibat pandemik Covid-19.

Pada masa sama, penurunan harga minyak sejak kebelakangan ini turut memberi kesan kepada kuasa beli penduduk tempatan. – AFP, 21 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen