Pakatan baharu AS cetus perlawanan senjata nuklear, kata Korea Utara


Pakatan pertahanan baharu Presiden AS Joe Biden membabitkan Australia-AS-Britain didakwa bertujuan menangani kemaraan China. – Gambar EPA, 20 September, 2021.

KOREA Utara menyifatkan pakatan baharu Amerika Syarikat (AS) di Indo-Pasifik dan kontrak kapal selam AS dengan Australia mungkin mencetuskan perlumbaan senjata nuklear di rantau ini.

Minggu lalu, AS mengumumkan perjanjian keselamatan tiga hala dengan Australia dan Britain, sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik di mana kapal selam nuklear AS akan dihantar ke Canberra.

“Ia tindakan yang sangat tidak diingini dan berbahaya dan akan mengganggu keseimbangan strategik di rantau Asia Pasifik serta mencetuskan rantaian perlumbaan senjata nuklear,” menurut media Korea Utara yang memetik kenyataan rasmi Kementerian Luar negara itu.

Rabu lalu, senjata nuklear Korea Utara menembak jatuh dua peluru berpandu ke laut, dengan Seoul berjaya menguji peluru berpandu balistik kapal selam beberapa jam selepas itu, menjadi negara ketujuh dunia dengan teknologi itu.

Ujian peluru berpandu dan perjanjian pertahanan di Pasifik menonjolkan perlumbaan senjata serantau yang semakin meningkat ketika persaingan China-AS memuncak.

“Wajar negara jiran termasuk China mengecam tindakan ini sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang memusnahkan keamanan dan kestabilan rantau ini,” kata pegawai Korea Utara.

Pakatan pertahanan baharu Presiden AS Joe Biden membabitkan Australia-AS-Britain didakwa bertujuan menangani kemaraan China.

Hubungan pentadbirannya dengan Korea Utara memperlihatkan perubahan berbanding presiden terdahulu, Donald Trump, yang melakukan hubungan diplomatik luar biasa dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. – AFP, 20 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen