China lapor 28 kes baharu Covid-19 babit jangkitan tempatan


28 kes Covid-19 melibatkan jangkitan tempatan dikesan di wilayah Fujian di China pada Isnin, lapor Suruhanjaya Kesihatan republik komunis itu. – Gambar EPA, 20 September, 2021.

SEBANYAK 28 kes baharu Covid-19 dilaporkan di wilayah Fujian membabitkan jangkitan tempatan, menurut Suruhanjaya Kesihatan pada Isnin.

Sementara itu, sebanyak 21 kes baharu melibatkan kes import, termasuk sembilan di Yunnan, empat di Shanghai, masing-masing dua di Zhejiang, Guangxi dan Sichuan, serta satu kes direkodkan di Fujian dan Shandong.

Tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik kenyataan suruhanjaya itu. – Bernama, 20 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen