Masa depan Trudeau tergugat ketika rakyat Kanada mengundi


Kedudukan Justin Trudeau sebagai perdana menteri Kanada dilihat tergugat dalam pilihan raya ketika negara itu berhadapan lonjakan kes Covid-19, selain ancaman hebat pemimpin konservatif Erin O'Toole. – Gambar EPA, 20 September, 2021.

PILIHAN raya Kanada hampir tamat pada Isnin dengan perdana menteri liberal Justin Trudeau diancam hebat pemimpin konservatif Erin O’Toole.

Trudeau mengadakan pilihan raya awal dengan harapan dapat keluarkan Kanada dari pandemik melalui mandat peluncuran vaksin Covid-19, tanpa perlu bergantung pada sokongan pembangkang.

Namun pilihan raya itu nampaknya bakal membuatkan Trudeau kekal berkuasa, mungkin dengan majoriti tipis seperti pada pilihan raya umum 2019 lalu.

Lonjakan mendadak kes Covid-19 akibat varian Delta pada akhir kempen, setelah menarik kembali sekatan Covid-19 juga dilihat berapa membantu usaha kerajaan itu.

Kini, pada usia 49, Trudeau menghadapi cabaran sengit dan lebih sukar.

Bagaimanapun selepas enam tahun berkuasa, kerajaannya menunjukkan tanda-tanda melemah, dengan tidak meyakinkan rakyat Kanada dengan harapan yang diberikan ketika menang besar pada 2015 dahulu.

“Persoalan utama kotak undi pada awal kempen ini adalah apakah Liberal layak mendapat kerajaan majoriti,” kata Daniel Beland, profesor politik di Universiti McGill di Montreal.

“Tetapi kini, persoalannya adalah apakah mereka layak untuk terus berkuasa.”

Pengundian di enam zon waktu Kanada dijadualkan bermula di wilayah pulau Atlantik, Newfoundland pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan dan berakhir di British Columbia paling barat pada pukul 7 malam.

Dianggarkan 27 juta warga Kanada layak mengundi untuk memilih 338 ahli Parlimen. Bagi mengekalkan jawatannya, Trudeau perlu menang banyak kerusi selain merampas sekurang-kurangnya 170 untuk menjadi kerajaan majoriti.

Disebabkan pandemik, sebanyak 1.2 juta undi pos diharapkannya, yang bererti keputusan pilihan raya mungkin diketahui selepas Isnin malam. – AFP, 20 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen