Anwar bidas Takiyuddin kerana dakwa bencana banjir Gunung Jerai takdir Tuhan


Chan Kok Leong Ragananthini Vethasalam Mohd Farhan Darwis

Anwar Ibrahim membidas kenyataan Takiyuddin Hassan yang mendakwa bencana yang berlaku di Gunung Jerai adalah takdir Tuhan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 September, 2021.

BENCANA Gunung Jerai adalah “takdir Tuhan”, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan kepada Dewan Rakyat hari ini.

“Kami kecewa atas bencana itu. Ini adalah takdir Tuhan,” katanya menjawab pertanyaan tambahan Sabri Azir (Jerai-PAS) mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan kawasan hutan yang menuju ke puncak gunung dapat dikekalkan.

Bagaimanapun, kenyataan Takiyuddin itu dibidas oleh pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim yang memberitahunya untuk tidak menyalahkan Tuhan atas apa yang mungkin merupakan perbuatan manusia.

“Jangan salahkan Tuhan. Apa yang terjadi terhadap alam sekitar kadang-kadang berpunca daripada manusia.

“Bagaimana anda tahu bahawa itu adalah ‘takdir Tuhan’ ketika manusia tamak mungkin telah merosakkan kayu balak,” kata ahli Parlimen Port Dickson.

Memberi maklum balas akan hal ini, Takiyuddin dakwaannya berdasarkan kenyataan bahawa tidak ada kegiatan pembalakan di Gunung Jerai.

“Saya pergi ke tempat itu dan saya melihat pokok-pokok sudah tercabut; terkeluar dari akar. Ini menunjukkan bahawa tidak ada pembalakan di Gunung Jerai.

“Inilah yang kita sebut sebagai takdir Tuhan,” katanya.

Bulan lalu, sebuah resort bukit, beberapa kampung dan kawasan perumahan di sekitarnya dilanda banjir dipercayai disebabkan oleh fenomena aliran air di hulu air terjun berhampiran Gunung Jerai. 

Takiyuddin berkata, hutan simpan Ulu Muda yang merangkumi Gunung Jerai diwartakan sebagai taman

Beliau berkata, 12% daripada 106,000 hektar hutan simpan Ulu Muda adalah kawasan terpelihara sementara 88% tersedia untuk pembalakan. Bagaimanapun kerajaan Kedah mengesahkan bahawa tidak ada lesen pembalakan yang dikeluarkan untuk pembalakan di Ulu Muda.

“Tetapi tidak ada pembalakan di Ulu Muda,” kata Takiyuddin.

Beliau menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM75 juta untuk pemulihan kawasan hutan, termasuk Gunung Jerai. – 20 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen