Jet tentera laut AS terhempas di kawasan perumahan di Texas


Kedua-dua mangsa melakukan penerbangan latihan rutin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Corpus Christi, kira-kira 643km ke selatan sebelum terhempas di kawasan perumahan di Texas. – Gambar fail AFP, 20 September, 2021.

DUA juruterbang tentera Amerika Syarikat (AS) terselamat selepas jet latihan mereka terhempas di laman belakang sebuah rumah di kawasan perumahan di Texas berhampiran Fort Worth semalam, kata pihak berkuasa.

Susulan insiden itu, tiga rumah di pinggir bandar Lake Worth rosak.

Mangsa berjaya keluar daripada pesawat sebelum pesawat tentera laut AS itu terhempas kira-kira satu blok dari sebuah sekolah menengah.

“Tidak ada penduduk yang cedera. Kedua-dua juruterbang dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Kejadian ini mungkin jauh lebih buruk kerana pesawat jatuh di sebuah kawasan perumahan di Lake Worth,” kata Ketua Bomba Lake Worth Ryan Arthur kepada wartawan.

Pusat Kawalan Latihan Tentera Udara AS (CNATRA) menerusi Twitter berkata pesawat latihan, T-45C Goshawk terhempas kira-kira 3km dari pangkalan tentera Fort Worth.

Jurulatih juruterbang berada dalam keadaan stabil, manakala pelatih yang belum diketahui keadaannya juga seamat dan sedang dirawat,” kata CNATRA.

Kedua-dua mangsa melakukan penerbangan latihan rutin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Corpus Christi, kira-kira 643km ke selatan.

Punca kemalangan tidak diketahui dan masih disiasat. – AFP, 20 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen