SEBUAH trak ‘pickup’ yang membawa pejuang Taliban menjadi sasaran bom di bandar Jalalabad Afghanistan hari ini, lapor media tempatan.
Kejadian berlaku sehari selepas sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam satu siri letupan di kawasan itu.
Saksi memberitahu media tempatan, beberapa pejuang Taliban yang cedera dibawa ke hospital setelah letupan itu.
Menurut seorang wartawan kejadian berlaku dekat hub pertukaran pengangkutan ke ibu kota, Kabul.
Maklumat lanjut belum dapat disahkan setakat ini.
Sekurang-kurangnya dua terbunuh di Jalalabad semalam dalam letupan pertama sejak pasukan AS menarik diri dari Afghanistan pada 30 Ogos.
Bandar timur adalah ibu kota wilayah Nangarhar, kubu kuat kumpulan Islamic State di Afghanistan.
Walaupun kedua-dua kumpulan, IS dan Taliban adalah pejuang Islam namun mereka berbeza pendapat dari segi fahaman dan strategi. – AFP, 19 September, 2021.
Komen