Kes sembuh Covid-19 atasi jumlah kes baharu buat hari ke-3  


Ravin Palanisamy

Daripada 19 kluster baharu Covid-19 yang dikesan hari ini dan menyumbang kepada 657 kes, 12 dikaitkan dengan tempat kerja.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 September, 2021.

MALAYSIA merekodkan 23,469 kes sembuh berbanding 14,954 kes jangkitan baharu setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini bermakna jumlah kes sembuh mengatasi kens jangkitan baharu untuk tiga hari berturut-turut.

Jumlah keseluruhan kes sembuh di seluruh negara kini 1,863,922.

Dr Noor Hisham daripada kes baharu yang direkdokan hari ini, 14,711 individu atau 98.4% adalah pesakit kategori 1 dan 2, yang tidak bergejala atau bergejala ringan.

Hanya 243 kes atau 1.6% adalah kes di tahap lebih serius pada kategori 3, 4 dan 5.

Tambah beliau, 1,194 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 882 adalah disahkan kes koronavirus.

Baki 312 lagi adalah kes yang disyaki dan kes masih dalam siasatan.

Beliau berkata 655 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan 401 daripadanya disahkan kes Covid-19 sementara 264 yang lain disyaki atau kemungkinan kes, dan kes yang disiasat.

Semalam, jumlah pesakit yang dirawat di ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan masing-masing adalah 1,165 dan 689.

Selain itu kata Dr Noor Hisham, 19 kluster baharu Covid-19 turut dikesan Kementerian Kesihatan hari ini dan ia menyumbang kepada 657 kes.

Menurutnya, 13 kluster adalah berkaitan tempat kerja (544 cases), empat melibatkan penularan komuniti (58 kes), manakala hanya satu kluster direkodkan bagi kumpulan berisiko tinggi (18 kes) dan pusat tahanan (37 kes).

Pahang merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu lima, diikuti oleh Johor empat.

Negeri lain yang merekodkan kluster baharu termasuk Perak, Pulau Pinang dan Sarawak (masing-masing dua kes), Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan (masing-masing satu).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini kepada 5,282, yang mana 1,348 daripadasnya adalah kluster aktif manakala 3,934 telah ditamatkan. – 19 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen