3 terbunuh dalam letupan di Jalalabad


Penduduk Afghanistan dilihat berada di luar Hospital Nangarhar selepas berlaku letupan di Jalalabad semalam yang mengorbankan tiga orang. – Gambar AFP, 19 September, 2021.

DUA terbunuh apabila tiga letupan melanda bandar Jalalabad di Afghanistan semalam dengan sekurang-kurangnya satu disasarkan ke arah kenderaan Taliban dalam serangan maut pertama di negara itu sejak Amerika Syarikat mengundurkan diri.

Kumpulan Islam mengambil alih kerajaan pada pertengahan Ogos, menggulingkan pemerintah dan berjanji mengembalikan keamanan ke negara yang dilanda keganasan.

“Dalam satu serangan terbabit, sebuah kenderaan Taliban yang melakukan rondaan di Jalalabad menjadi sasaran.

“Wanita dan kanak-kanak antara yang cedera,” katanya.

Pegawai dari Jabatan Kesihatan Wilayah Nangarhar memberitahu AFP bahawa tiga orang terbunuh dan 18 yang lain cedera dalam serangan berkenaan manakala media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya dua terkorban.

Gambar yang dirakamkan di lokasi kejadian menunjukkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda berwarna hijau dengan bendera putih Taliban yang dilitupi serpihan letupan sedang diteliti oleh anggota bersenjata.

Jalalabad ialah ibu kota Nangarhar merupakan pusat kegiatan Daesh cawangan Afghanistan. – AFP, 19 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen