UK kesan penyakit ‘lembu gila’


Penyakit lembu gila atau ‘bovine spongiform encephalopathy’ (BSE) dikesan di Britain dan disahkan kekal terkawal serta tiada risiko terhadap kesihatan awam dan keselamatan makanan. – Gambar AFP, 19 September, 2021.

BRITAIN mengesan satu kes ‘bovine spongiform encephalopathy’ (BSE) atau lebih sinonim dalam kalangan orang ramai sebagai penyakit lembu gila.

Agensi Kesihatan Tumbuhan dan Haiwan (APHA) pada minggu ini berkata bahawa bangkai lembu berkenaan sudah dikeluarkan dari sebuah ladang di Somerset, barat daya England dan memberi jaminan ia tidak akan mendatangkan risiko keselamatan makanan.

Ketua Pegawai Veterinar, Christine Middlemis berkata, status risiko keseluruhan United Kingdom (UK) untuk BSE kekal terkawal dan tiada risiko terhadap kesihatan awam dan keselamatan makanan.

APHA melakukan siasatan menyeluruh terhadap ternakan lembu, premis, potensi sumber jangkitan dan mengeluarkan laporan penuh kes dalam tempoh terdekat.

Lima kes BSE yang dikaitkan dengan penyakit mengundang maut dalam kalangan manusia Creutzfeldt-Jakob dikenal pasti di Britain sejak 2014.

Britain terpaksa menghapuskan jutaan lembu apabila epidemik jangkitan penyakit itu berlaku sekitar 1990-an. – AFP, 19 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen