Presiden Argentina rombak kabinet setelah krisis politik


Presiden Argentina Alberto Fernandez merombak kabinet baharu pada Jumaat selepas didesak Naib Presiden Cristina Kirchner susulan pergolakan politik partinya akibat kegagalan dalam pilihan raya legislatif. – Gambar AFP, 18 September, 2021.

PRESIDEN Argentina Alberto Fernandez mengumumkan kabinet baharu pada Jumaat dalam usaha meredakan krisis politik berikutan kekalahan dalam pilihan raya legislatif.

Rombakan itu dibuat sehari selepas Naib Presiden Cristina Kirchner menuntut Fernandez berbuat demikian, memperdalamkan lagi krisis.

Juan Manzur, gabenor Tucuman, akan mengambil alih jawatan ketua staf dari Santiago Cafiero, salah seorang pegawai Kirchner yang paling kontroversi, umum presiden.

Cafiero diangkat menjadi menteri luar negeri menggantikan Felipe Sola, yang berada di Mexico untuk sidang kemuncak Komuniti Amerika Latin dan Caribbean, atau CELAC, yang bermula pada Sabtu.

Susulan krisis itu, Fernandez membatalkan lawatannya ke Mexico untuk sidang kemuncak itu selain tidak akan hadir ke Mesyuarat Agung PBB di New York minggu depan.

Menteri-menteri baharu dalam kabinet, yang akan mengangkat sumpah pada Isnin ialah Anibal Fernandez (Keselamatan), Julian Dominguez (Ternakan, Pertanian dan Perikanan), Juan Perzyck (Pendidikan) dan Daniel Filmus (Sains dan Teknologi).

Juan Ross juga dilantik sebagai Setiausaha Komunikasi dan Akhbar yang baharu, menggantikan Juan Pablo Biondi, yang ditolak oleh naib presiden dan dituduh menganjurkan “operasi yang tidak direkodkan.”

Kerajaan Fernandez dan Kirchner, yang juga bekas presiden, telah berhadapan krisis paling parah namun minggu ini setelah pilihan raya perundangan pada hujung minggu, di mana gabungan Frente de Todos yang berkuasa hanya memperoleh 31 peratus suara di peringkat nasional.

Hasil ini meletakkan majoriti parti pemerintah di Senat berisiko untuk pilihan raya kecil Parlimen pada 14 November, dan juga majoriti di Dewan Deputi, dengan mandat Fernandez-Kirchner selama dua tahun.

Krisis tersebut meletus awal minggu ini, setelah Menteri Dalam Negeri Eduardo “Wado” de Pedro dan empat menteri kabinet menawarkan diri untuk mengundurkan diri setelah kegagalan Frente de Todos pada pemilihan utama hujung minggu. Menteri-menteri itu semua dekat dengan Kirchner dan langkah itu dilihat sebagai percubaannya untuk memberi tekanan kepada Fernandez supaya merombak kabinet.

“Adakah anda benar-benar percaya yang ianya tidak perlu, setelah kekalahan˚alah teruk, untuk umum letak jawatan secara terbuka dan biarkan mereka yang bertanggungjawab memilih presiden untuk susun semula kerajaan?” tulis Kirchner kepada Fernandez dalam sebuah surat, di mana beliau turut mengkritik mereka yang “masih pegang kerusi mereka.”

Pada akhirnya, De Pedro dan menteri lain kekal dengan jawatan mereka. – AFP, 18 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen