Angkasawan China kembali ke bumi setelah 90 hari misi


Gambar skrin tiga angkasawan China menaiki roket angkasa Shenzhou-12 memberi tabik hormat setelah memasuki modul teras stesen angkasa Tianhe pada 17 Jun 2021. Pada Jumaat mereka kembali ke bumi selepas menyelesaikan misi 90 hari di sana. – Gambar EPA, 17 September, 2021.

ANGKASAWAN China kembali ke bumi pada Jumaat selepas menyelesaikan misi paling lama negara itu, mercu terbaharu dalam usaha Beijing untuk menjadi kuasa utama di angkasa lepas.

Kapsul yang membawa tiga angkasawan itu turun ke bumi dengan paracut sebelum mendarat di gurun Gobi pada pukul 13.35 waktu tempatan.

Krew kapal angkasa Shenzhou-12 berada dalam keadaan sihat selepashari itu, rekod terbaharu bagi China, lapor penyiar negara CCTV.

Rakaman langsung menunjukkan kru perubatan dan kakitangan sokongan bergegas dengan helikopter ke lokasi pendaratan di gurun Gobi. Seorang kakitangan memacakkan bendera kebangsaan Cina berhampiran kapsul tersebut.

Angkasawan China dikenali sebagai taikonaut akan menjalani kuarantin 14 hari sebelum mereka dapat pulang “kerana sistem kekebalan tubuh mereka mungkin melemah setelah misi yang panjang,” kata Huang Weifen, ketua pereka projek angkasa China kepada CCTV.

Misi ini sebahagian daripada program ruang angkasa oleh China, yang menyaksikan negara itu mendaratkan jentera di Marikh dan menghantar penyelidik ke bulan.

Pelancaran misi berkru pertama di Beijing sejak hampir lima tahun bertepatan dengan ulang tahun ke-100 Parti Komunis yang berkuasa pada 1 Julai, dan merupakan puncak kempen propaganda besar-besaran republik itu.

Krew tinggal selama 90 hari di stesen angkasa Tiangong, melakukan jalan angkasa dan eksperimen saintifik.

“Kejayaan menyelesaikan misi… membuka jalan untuk misi tetap dan masa depan stesen (ruang angkasa Cina),” kata Chen Lan, penganalisis bebas di GoTaikonauts, yang khusus dalam program angkasa China.

“Ini adalah permulaan yang sangat penting dan sangat diperlukan untuk CSS.”

Tiangong, yang bermaksud “istana syurgawi”, dijangka beroperasi sekurang-kurangnya 10 tahun.

Misi ini diketuai Nie Haisheng, juruterbang tentera udara Tentera Pembebasan Rakyat yang sebelum ini turut serta dalam dua misi angkasa.

Dua angkasawan lain, Liu Boming dan Tang Hongbo, juga berada merupakan anggota tentera. – AFP, 17 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen