Lebih 100 penyu terancam menetas di Singapura 


Penyu karah yang merupakan spesis terancam boleh ditemui di perairan laut tropika terutamanya di sekitar kawasan terumbu karang. – Gambar EPA, 23 Januari, 2018.

LEBIH 100 anak penyu menetas di pantai Singapura sebelum ia dilepaskan semula ke laut, kata pihak berkuasa negara itu pada Selasa yang menambah, ia juga usaha untuk meningkatkan populasi haiwan terancam itu. 

Telur penyu karah ditemui pada November lalu di Sentosa, yang merupakan salah satu pusat peranginan pulau yang popular di selatan tanah besar Singapura. 

Penghadang dipasang bagi memastikan kawasan bertelur itu selamat daripada pemangsa, dan pihak berkuasa di negara berkenaan turut menjalankan pemeriksaan berkala, kata Sentosa Development Corporation, yang menguruskan pulau berkenaan. 

Pada Jumaat, 106 telur haiwan terancam itu menetas, selepas pihak berkuasa menjalankan ujian, anak penyu berkenaan kemudiannya dilepaskan semula ke laut. 

Ini merupakan kali ketiga telur penyu karah menetas di pantai Singapura sejak Ogos lalu dan merupakan kali pertama dalm tempoh lapan tahun di Sentosa, lapor akhbar Straits Times. 

Penyu karah merupakan spesis terancam yang boleh ditemui di perairan laut tropika terutamanya di sekitar kawasan terumbu karang. 

Ia diancam kemusnahan habitat semulajadinya oleh pencemaran dan pembangunan di pesisir pantai serta menjadi sasaran pemburu haram. 

Anggota badannya menjadi hidangan manakala cangkerangnya dihancurkan untuk dijadikan jeli pencuci mulut. Cangkerang penyu karah juga turut digunakan untuk membuat sikat dan pin rambut hiasan. – AFP, 23 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen