1,222 pesakit Covid-19 di ICU, kata KP Kesihatan


Noel Achariam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 710 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 September 2021.

MALAYSIA terus merekodkan angka tertinggi pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 1,222 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 913 disahkan kes Covid-19 manakala 309 lagi masih dalam siasatan.

Noor Hisham juga berkata terdapat 710 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 422 daripada kumpulan pesakit itu disahkan Covid-19, sementara 288 lagi mungkin dijangkiti virus atau kes dalam siasatan.

Sementara itu, terdapat 16,939 kes pulih direkodkan berbanding 18,815 jangkitan baru hari ini.

Kes pulih setakat ini berjumlah 1,800,278 kes.

Sebanyak 18,593 kes hari ini berada dalam kategori 1 (tidak bergejala) atau kategori 2 (bergejala ringan).

Pada peringkat jangkitan yang lebih serius, 222 kes berada dalam kategori 3, 4, atau 5.

Sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan hari ini antaranya sembilan daripada tempat kerja, enam (komuniti), tiga (sektor pendidikan) manakala dua daripada kumpulan berisiko tinggi dan satu daripada pusat tahanan. – 16 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen