Speaker wajib pandu ahli Parlimen berkait RUU persendirian, kata Azalina


Raevathi Supramaniam

Ketika urusan kerajaan perlu diutamakan sewaktu persidangan Parlimen, rang undang-undang ahli Parlimen tidak boleh ditolak begitu sahaja, kata Bekas timbalan speaker, Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 September 2021.

SPEAKER Dewan Rakyat bertanggungjawab memberi panduan kepada ahli Parlimen berkaitan rang undang-undang persendirian dan bukannya menolak atas alasan teknikal, kata Azalina Othman Said hari ini.

Bekas timbalan speaker itu berkata ketika urusan kerajaan perlu diutamakan sewaktu persidangan Parlimen, rang undang-undang persendirian ahli Parlimen ditolak begitu sahaja.

“Rang undang-undang persendirian ahli Parlimen ditolak kerana salah pembacaan, (tetapi) speaker bertanggungjawab memberi panduan kepada mereka. Penggubal undang-undang Parlimen mesti ditempatkan di Parlimen, bukannya di kementerian, ”katanya di forum dalam talian anjuran Asli yang bertajuk “MOU - A Pathway To Transformation and Stability?”.

Azalina berkata dengan adanya sistem seperti ini, ahli Parlimen tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

“Sekiranya kerajaan ingin menolak pandangan saya secara teknikal, ia harus (disertakan) dalam kertas pesanan walaupun mungkin tidak dibawa. Setidaknya mereka menunjukkan undang-undang anti-lompat lompat parti dibentangkan dan mereka akan beri komitmen,” katanya merujuk kepada usul memperkenalkan pemilihan semula.

Pada 3 September lalu, ahli Parlimen Pengerang itu menyerahkan notis usul ke Dewan Rakyat bagi mengemukakan pilihan raya semula dalam persidangan Dewan Rakyat sekarang.

Selepas itu, kerajaan dan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersejarah pada 13 September untuk memastikan kestabilan dan transformasi politik.

Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui, kerajaan berjanji untuk melaksanakan tiga pembaharuan besar pada pertengahan tahun depan, sebelum atau pada sesi kelima sidang Parlimen berikutnya.

Ia membabitkan rang undang-undang anti lompat pati, pelaksanaan Undi18, pendaftaran pemilih automatik dan had tempoh 10 tahun perdana menteri.

Pelbagai pembaharuan parlimen juga terdapat dalam perjanjian, seperti rang undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang bertujuan mengembalikan autonomi Parlimen dalam kewangan dan pentadbirannya.

Sehingga kini, baik rang undang-undang pilihan raya semula mahupun rang undang-undang anti lompat parti masih belum diamsuukan dalam agenda persidangan semasa.

“Mereka mesti bentangkannya dalam sesi ini atau berikutnya. Jika tidak, rakyat akan memarahi kita dan mengatakan bahawa kita berbohong.” – 16 September, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen