18,815 kes baharu Covid-19 hari ini, kata KP kesihatan


Noel Achariam

KKM hari ini melaporkan 18,815 kes baharu Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 September, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 18,815 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 19,495 yang rekodkan semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,049,750, katanya dalam kenyataan. 

Sarawak mendahului dengan 3,660 kes, diikuti Selangor (2,718) dan Johor (2,206).  

Sementara itu, KKM menerusi laman web CovidNow memaklumkan sebanyak 76.2% atau 17.833 juta individu dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Semalam, sebanyak 248,410 dos vaksin telah diberi, dengan 68,536 orang menerima satu dos manakala 180,726 lagi lengkap menerima dua dos.

Secara keseluruhannya, sebanyak 39.48 juta dos telah diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sejak dilancarkan pada 24 Februari lalu. – 16 September, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen