Putin jalani kuarantin kendiri, selepas kenalan dijangkiti Covid-19


Presiden Rusia Vladimir Putin terpaksa membatalkan lawatan ke Dushanbe selepas mengambil menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari selepas kenalannya dijangkiti Covid-19. – Gambar EPA, 16 September 2021.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari selepas kenalannya dijangkiti Covid-19, lapor Sputnik.

“Saya juga terpaksa membatalkan lawatan ke Dushanbe. Saya amat kecewa, tetapi saya terpaksa berbuat demikian kerana ramai kenalan saya dijangkiti virus itu.

“Sekarang saya perlu menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari,” kata Putin pada sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif, menerusi pautan video. – Bernama, 16 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen