76% populasi dewasa sudah lengkap divaksin


Noel Achariam

Lebih 39 juta dos vaksin Covid-19 diberikan kepada penduduk Malaysia sejak program vaksin dilancarkan pada 24 Februari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 September, 2021.

MALAYSIA sudah memberikan vaksinasi lengkap 76.2% populasi dewasa di bawah program imunisasi Covid-19 negara, kata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini di laman web CovidNow. 

Ia bersamaan dengan 17,833,355 juta orang, sebagaimana dinyatakan di laman web ini.

Sebanyak 66.5% individu dewasa menerima satu suntikan dan 33.5% masih tidak mendapat vaksin.

Ia melaporkan 248,810 orang menerima suntikan semalam, 68,534 daripadanya adalah dos pertama dan 180,276 dos kedua.

Di Lembah Klang, 104.5% (17 juta) individu dewasa sudah mendapat suntikan lengkap.

Sabah kekal sebagai negeri dengan kadar vaksin terendah pada 52.5% (1,447,011) daripada populasi dewasa.

Lebih 39 juta dos diberikan sejak program vaksin dilancarkan pada 24 Februari.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan menjangkakan 80% populasi orang dewasa akan diberi vaksin pada akhir Oktober, menjelang Covid-19 akan menjadi endemik di negara ini.

Pengesan CovidNow mengunjurkan 80% populasi dewasa akan mendapat vaksin lengkap pada 21 September, dan 80% populasi umum menjelang 3 Disember.

Kadar vaksinasi 100% untuk orang dewasa dapat dicapai pada 2 November, katanya. – 16 September, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen