Kadar perceraian pasangan Islam lebih tinggi sepanjang pandemik


Chan Kok Leong Mohd Farhan Darwis Ragananthini Vethasalam

Dewan Rakyat hari ini diberitahu pasangan beragama Islam untuk bercerai adalah 6.5 kali lebih tinggi berbanding permohonan suami isteri bukan Islam, bagi tempoh Mac 2020 dan Ogos 2021. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2021.

PERMOHONAN pasangan beragama Islam untuk bercerai adalah 6.5 kali lebih tinggi berbanding permohonan suami isteri bukan Islam, bagi tempoh antara Mac 2020 dan Ogos 2021, kata kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri berkata 66,440 permohonan cerai difailkan ke mahkamah syariah sementara 10,346 permohonan daripada pasangan bukan Islam diterima bagi tempoh sama.

Sama ada pasangan Muslim atau bukan, jumlah permohonan cerai paling tinggi direkodkan di Selangor.

“Antara Mac 2020 dan Ogos 2021, terdapat 12,479 permohonan cerai difailkan di mahkamah syariah sementara 3,160 permohonan cerai dibuat oleh pasangan bukan Islam,” katanya di Dewan Rakyat dalam jawapan bertulis.

Kenyataan itu bagi menjawab soalan Dr Hasan Baharom (Tampin-PH) yang bertanya tentang statistic perceraian ketika pandemik Covid-19 dan usaha kerajaan dalam mengurangkan jumlah perceraian.

Kerajaan berkata ia tidak mengesan jumlah perceraian ketika pandemik Covid-19 dan hanya dapat memberikan statistik perceraian bagi tempoh Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Bagi kategori permohonan cerai pasangan Islam, Selangor paling tinggi diikuti Johor (7,558), Kedah (5,985) dan Kelantan (5,982). Negeri paling rendah menerima permohonan ialah Sarawak dengan jumlah 561.

Bagi kategori bukan Islam, permohonan di Selangor paling tinggi diikuti Kuala Lumpur (2,893), Perak (1,209) dan Johor (1,197).

“Namun, tidak ada kajian berkenaan sebab perceraian,” kata Pejabat Perdana Menteri. – 15 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen